Home Saintifik 2008天仙液国际研讨会
Persidangan Antarabangsa TXL 2008 – Peristiwa penting dalam sejarah Perubatan TCM di Taiwan Cetak E-mel
Penulis: Yao Jian Kang (disiarkan pada “Mingguan Asia” Tahun 2006)

Persidangan Antarabangsa TXL 2008


vspace=

Persidangan Antarabangsa TXL 2008 berlangsung di Taipei pada 8 Ogos 2008. Para peserta terdiri daripada doktor-doktor dan pakar-pakar dari Jepun, Taiwan, Hong Kong, Thailand dan Filipina.


Sekian lama ini, Perubatan TCM tidak disenaraikan dalam arus perdana sistem perubatan di Taiwan. Berita mengenai Hospital Universiti Taiwan yang terkemuka telah menyediakan khidmat runding rawatan tradisional dan Perubatan TCM begitu menggemparkan bidang kesihatan dan perubatan Taiwan pada kebelakangan ini. Menurut laporan akhbar, Ketua Jawatankuasa Perubatan TCM di bawah Kementerian Kesihatan berkata, oleh kerana Perubatan Moden yang terbatas, kira-kira 90% daripada pesakit kanser akan mengamalkan rawatan alternatif di samping menjalani pembedahan dan rawatan kemoterapi seperti yang diamalkan dalam Perubatan Barat. Universiti Taiwan yang menjadi peneraju bidang perubatan Taiwan berteraskan Perubatan Barat sepanjang enam dekad yang lalu, dan tidak memberi sokongan sama sekali kepada hospital atau pusat pengajian Perubatan TCM atau rawatan komplementari. Tetapi kini telah maju selangkah ke hadapan dengan mengintegrasikan Perubatan Barat dan TCM. Ini bukan sahaja menandakan satu perubahan yang besar dalam sejarah perkembangan perubatan di Taiwan, malah juga bakal membawa impak yang besar kepada negara-negara Asia yang lain.

Pembangunan Bidang Perubatan TCM antara tugasan utama Kerajaan Taiwan di bawah pimpinan Ma Ying-Jeou. Dalam ucapan pada persidangan anjuran Gabungan Globalisasi Perubatan TCM Taiwan yang berlangsung di Universiti Yang-Ming Taiwan, beliau berkata, kini Taiwan memiliki kelebihan dari aspek masa, lokasi dan sumber tenaga manusia untuk menggerakkan proses modenisasi dan globalisasi dalam bidang Perubatan TCM. Selain memberi pengiktirafan terhadap keberkesanan Perubatan TCM dan usaha gabungan dalam menggerakkan globalisasi Perubatan TCM, beliau juga mempelawa para peserta supaya melawat ke Taman Botanik di daerah Wan-Hua, Taipei untuk menyaksikan dengan sendiri bagaimana ubat TCM diterapkan dalam kehidupan masyarakat tempatan.

vspace=

Gabungan Globalisasi Perubatan TCM diasaskan oleh ahli akademi Institut Penyelidikan Perubatan TCM Taiwan merangkap Profesor Undangan Farmakologi Universiti Yale, Deng Yong-Fa, pada Disember 2003. Berobjektif untuk mengglobalisasikan Perubatan TCM dan menjadikannya salah satu cabang daripada sistem perubatan antarabangsa, dan bukan hanya memainkan peranan sebagai perubatan tradisional atau tempatan. Di samping itu juga saling berkongsi pengetahuan teknologi dan pengalaman dengan institut penyelidikan Perubatan TCM dari merata dunia, sekaligus menggabungkan kuasa semua pihak dari industri yang terlibat untuk mendapat pengiktirafan dari Jabatan Kawalan Ubatan dan Makanan Amerika (FDA) serta memanfaatkan insan sejagat. Idea ini mula mendapat perhatian di kalangan masyarakat Taiwan.

Mesyuarat Tahunan Persatuan Perubatan Taiwan ke-101 yang baru tamat merupakan mesyuarat akademi tahunan yang paling penting dalam bidang perubatan Taiwan. Pakar-pakar perubatan dari Taiwan berkumpul bersama untuk meneliti lima laporan kajian yang penting bagi tahun berkenaan. Setiausaha Eksekutif Gabungan Globalisasi Perubatan TCM cawangan Taiwan merangkap Timbalan Pengarah Pusat Kanser Universiti Li Wan-Fang, Taipei, Dr. Lai Chi-Ming, turut diundang untuk mengemukakan laporan ke atas lebih daripada sepuluh hasil kajian terhadap TXL yang dijalankan oleh Yayasan Perubatan Ching-Hsing bersama Institut Penyelidikan Kesihatan Nasional. Laporan mengenai penyelidikan Perubatan TCM buat julung kali dikemukakan pada mesyuarat sedemikian yang sentiasa memberi keutamaan kepada Perubatan Barat. Adalah dipercayai laparan sedemikian akan turut dilaporkan pada masa akan datang, sekaligus menimbulkan perhatian Perubatan Barat terhadap penyelidikan Perubatan TCM.

vspace=

Ketua Pengarah Eksekutif Yayasan Kanser Formosa, Dr Lai Chi-Ming. Laporan kajian beliau bertajuk “Sasaran Molekul Berganda dan Penyingkiran sel-sel stem kanser adalah antara mekanisme antikanser pada ubat TCM, Tian Xian Liquid” telah menjadi tumpuan pakar-pakar perubatan pada persidangan tersebut. Institut beliau telah menyediakan dua platform teknologi yang berbeza, salah satu daripadanya untuk menghapuskan sel-sel stem kanser, satu lagi pula mengawal sel-sel kanser dengan sasaran molekul berganda.


Dr. Lai Chi-Ming telah melibatkan diri dalam pengajian rawatan holistik terhadap kanser selama beberapa tahun. Laporan kajian beliau bertajuk “Sasaran Molekul Berganda dan Penyingkiran sel-sel stem kanser adalah antara mekanisme antikanser pada ubat TCM, Tian Xian Liquid” yang dikemukakan pada Persidangan Antarabangsa TXL 2008 telah menarik perhatian pakar-pakar perubatan yang turut hadir. Ketika ditemu ramah oleh Majalah Mingguan Asia, Dr. Lai berkata, pakar onkologi yang bertanggungjawab tidak akan berpuas hati terhadap rawatan kanser yang sedia ada, pembedahan dan kemoterapi umpamanya juga tidak dapat memberi sinar baru kepada pesakit kanser. “Kita masih tidak mempunyai kaedah rawatan yang boleh memulihkan kanser pada puncanya. Oleh itu, kita mesti mencari kaedah komplementari yang lain. Kini, telah menjadi satu trend di merata dunia untuk mencari kaedah rawatan kanser yang bersifat kembali ke alam semula jadi.

Dr. Lai yang juga pakar onkologi yang menuntut ilmu di Amerika telah menerima konsep dan latihan perubatan Barat dengan sepenuhnya. Sikap ingin tahu yang menebal dan ketidakpuashatian terhadap kaedah perubatan moden telah mendesak beliau untuk mencari kaedah rawatan yang baru. Pada halnya, bidang perubatan Amerika yang pertama menerapkan kaedah rawatan alternatif dalam rawatan kanser. Jabatan Kesihatan Nasional, Amerika telahpun menubuhkan NCCAM (Pusat Rawatan Alternatif dan Komplementari Nasional) pada tahun 1998. Di Jepun, terdapat 25 buah persatuan berkaitan Perubatan Holistik ditubuhkan pada tahun 2004. Selain itu, ‘Jawatankuasa Perubatan Holistik & Komplementari’ yang dianggotai oleh 85 orang ahli parlimen dari parti berlainan juga mengasaskan Pertubuhan Asia untuk mengadakan Persidangan Perubatan Holistik & Komplementari di Sydney, Australia.

vspace=

Institut beliau telah menyediakan dua platform teknologi yang berbeza, salah satu daripadanya untuk menghapuskan sel-sel stem kanser, satu lagi pula mengawal sel-sel kanser dengan sasaran molekul berganda. Selain TXL, Dr. Lai juga membuat kajian terhadap Cinnamomum micranthum Hay. yang terdapat di Taiwan, serta bekerjasama dengan negara China untuk menjalani pengekstrakan urea. Katanya, “Teknologi berbeza diterapkan sebenarnya untuk mencapai tujuan yang sama, iaitu menghapuskan sel-sel stem kanser. Sasaran molekul berganda dapat memberi kesan yang mujarab. Bagaimanapun, setakat ini hanya ditemui rawatan komplementari kepada Perubatan Barat. Perkembangan pada masa akan datang pula bergantung kepada akal manusia.”

Dalam dua dekad yang lalu, jika ditinjau dari aspek keberkesanan pengurusan dan kajian saintifik pada Perubatan TCM, teori mahupun kesan rawatan klinikalnya telahpun mendapat pengakuan dan perhatian bidang Perubatan Barat. Kerajaan Amerika dan Jepun umpamanya telah memberikan sokongan kewangan untuk mendirikan pusat rawatan holistik yang profesional bagi menangani masalah yang dihadapi dalam rawatan kanser. Di samping itu juga meningkatkan keberkesanan rawatan kanser dan sekaligus mengurangkan kadar serangan kanser berulang. Profesor dari Pusat Pengajian Mikrobiologi, Kolej Perubatan, Universiti Nasional Taiwan, merangkap penyelidik Institut Kanser Dana-Farber, Sekolah Perubatan Harvard, Amerika, Profesor Wang Won-Bo, mula menceburi bidang Perubatan TCM pada 5 hingga 6 tahun kebelakangan ini dan menjalankan kajian tentang pembentukan virus tumor. Profesor Wang percaya ubat herba TCM, terutamanya campuran beberapa herba bakal membawa nafas baru kepada usaha memerangi kanser. Beliau percaya sel-sel normal akan mengalami pelbagai mutasi untuk berubah menjadi sel-sel kanser. Justeru itu, merencatkan mutasi sepanjang prosesnya adalah cara yang berkesan untuk mengawal sel-sel kanser. “Pelbagai ramuan dalam ubat herba TCM mampu berfungsi dengan berkesan jika digunakan dengan sesuai.”

vspace=

Profesor dari Pusat Pengajian Mikrobiologi, Kolej Perubatan, Universiti Nasional Taiwan, merangkap penyelidik Institut Kanser Dana-Farber, Sekolah Perubatan Harvard, Amerika, Profesor Wang Won-Bo. Setelah 5 hingga 6 tahun menceburi bidang Perubatan TCM, beliau memulakan kajiannya terhadap pembentukan virus tumor. Profesor Wang percaya ubat herba TCM, terutamanya campuran beberapa herba bakal membawa nafas baru kepada usaha memerangi kanser. Beliau percaya sel-sel normal akan mengalami pelbagai mutasi untuk berubah menjadi sel-sel kanser. Justeru itu, merencatkan mutasi sepanjang prosesnya adalah cara yang berkesan untuk mengawal sel-sel kanser. “Pelbagai ramuan dalam ubat herba TCM mampu berfungsi dengan berkesan jika digunakan dengan sesuai.”


Profesor Wang berpendapat Perubatan TCM masih berpotensi untuk dibangunkan sebagai rawatan komplementari kepada Perubatan Barat. Daripada hasil kajian beliau, dapat diperhatikan ubat herba berkesan untuk meningkatkan daya keimunan. Bagaimanapun, keberkesanan ubat herba masih perlu dijalankan melalui kajian klinikal secara berulangan. Katanya, “Kajian kami setakat ini cumalah hasil kajian in vitro terhadap sel-sel kanser pada peringkat awal. Kajian terhadap manusia hendaklah dijalankan dengan berhati-hati.”

Pengarah Institut Kejuruteraan dan Material Bio Perubatan, Pengarah Pusat Pengajian Sel-sel Stem dan Setiausaha Agung Persatuan Perubatan Pengimbasan Molekul, Taiwan, Profesor Deng Win-Ping turut menghadiri Persidangan Perubatan & Perawatan Antarabangsa ke-8 yang berlangsung pada 9 November 2008. Beliau mengemukakan laporan dan analisis yang penting mengenai penilaian kesan pra kajian klinikal terhadap ubat TCM, Tian Xian Liquid dengan cara penyelidikan Perubatan Barat. Menurut beliau, pengimbasan molekul adalah penting. Kajian haiwan harus dijalankan terhadap sesetengah ubat bagi mengurangkan kegagalan yang mungkin timbul ketika diterapkan secara klinikal. Dengan teknik pengimbasan molekul, dapat kita perhatikan kesan dinamik pada haiwan kajian, dengan itu dapat dijangka sajauh manakah keberkesanannya jika digunakan pada manusia.

vspace=

Pengarah Institut Kejuruteraan dan Material Bio Perubatan, Pengarah Pusat Pengajian Sel-sel Stem dan Setiausaha Agung Persatuan Perubatan Pengimbasan Molekul, Taiwan, Profesor Deng Win-Ping. Pada Persidangan Perubatan & Perawatan Antarabangsa ke-8 yang berlangsung pada 9 November 2008, beliau mengemukakan laporan dan analisis yang penting mengenai penilaian kesan pra kajian klinikal terhadap ubat TCM, Tian Xian Liquid dengan cara penyelidikan Perubatan Barat.


Profesor Deng percaya bahawa manusia boleh hidup berharmoni dengan kanser dan elakkan diri kita daripada kanser dalam jangka hayat kita yang terhad, contohnya jadikan ia penyakit kronik jika diserangi kanser. Hasil kajian beliau menunjukkan faktor luaran adalah penting untuk mengubah keaktifan sel-sel kanser. Menurut beliau, “Kita boleh gunakan ubat untuk mengimbangi fungsi badan bagi melemahkan sel-sel kanser. Apabila persekitaran dalam badan menjadi bertambah baik, serangan kanser pula akan menjadi kurang ganas.” Mengimbangkan fungsi badan dengan ubat TCM adalah antara rawatan holistik yang ideal.

vspace=

Persidangan Antarabangsa TXL 2008 turut disertai oleh pakar-pakar perubatan dari Hong Kong, Thailand dan Filipina. Profesor Bersekutu Onkologi Kolej Perubatan Chulalongkom, Thailand, Dr. Narin Voravud mula melibatkan diri dalam bidang Perubatan TCM pada tahun-tahun kebelakangan ini. Menurut beliau, kini terdapat kaedah rawatan kanser yang berbeza-beza, tetapi rata-rata mahal dan membawa banyak kesan sampingan yang serius. Kesan ubat akan terjejas jika pesakit menjadi kebal kepada ubat tersebut. Dr. Narin Voravud yakin perubatan tradisional di rantau Asia yang bersejarah panjang boleh membantu dalam memerangi kanser. Rawatan alternatif umpamanya tidak membawa kesan sampingan dan lebih rendah kosnya, maka merupakan rawatan komplementari yang ideal dan juga pilihan untuk pesakit yang kebal kepada ubat Barat

Kanser merupakan penyakit yang sukar diubati. Rawatan yang tidak sesuai mungkin akan mengancam nyawa pesakit. Dr. Narin Voravud berpendapat bahawa pengintegrasian Perubatan Moden dengan Perubatan Tradisional hendaklah berasaskan sains. Pakar Perubatan Barat hendaklah menerima dan menaruh keyakinan terhadap hasil kajian dan kelebihan Perubatan TCM dengan hati terbuka. Hanya dengan pengintegrasian Perubatan Barat dan TCM yang berasaskan sains mampu meningkatkan kualiti rawatan dan juga kualiti hidup pesakit. Inilah satu penemuan yang penting dalam bidang perubatan.

vspace=

Profesor Bersekutu Onkologi Kolej Perubatan Chulalongkom, Thailand, Dr. Narin Voravud melibatkan diri dalam bidang Perubatan TCM. Menurut beliau, kini terdapat kaedah rawatan kanser yang berbeza-beza, tetapi rata-rata mahal dan membawa banyak kesan sampingan yang serius. Kesan ubat akan terjejas jika pesakit menjadi kebal kepada ubat tersebut. Dr. Narin Voravud yakin perubatan tradisional di rantau Asia yang bersejarah panjang boleh membantu dalam memerangi kanser. Rawatan alternatif umpamanya tidak membawa kesan sampingan dan lebih rendah kosnya, maka merupakan rawatan komplementari yang ideal dan juga pilihan untuk pesakit yang kebal kepada ubat Barat.


vspace=

vspace=


vspace=


vspace=

Pengarah Pusat Rawatan Tumor Hospital Tung’s Tai Chung Metro Harbor, Dr. Yeh Chi-Yuan. Tajuk kajian: Kajian klinikal terhadap kesan TXL ke atas pengaktifan T-limfosit (TCH No.1) – Laporan penilaian terhadap kesan TXL dalam meningkatkan daya ketahanan pesakit kanser.



vspace=

Pengarah Makmal Sekolah Perubatan TCM, Universiti Hong Kong, Profesor Stephen Sze Cho-Wing. Tajuk kajian: Kajian in-vivo dan in-vitro terhadap kesan antikanser pada TXL (HKU No.1): Kajian in-vivo dan in-vitro terhadap kesan TXL dalam mengawal MMP-1, MDR-2, p21 bagi sel kanser kolon HT29.



vspace=

Profesor Kehormat Kolej Perubatan Universiti Nasional Taiwan, Profesor Yang Czau-Siung.



vspace=

Wakil-wakil dari seluruh dunia yang menyertai Persidangan Antarabangsa TXL 2008.


vspace=

Bekas Dekan Kolej Perubatan Universiti Nasional Taiwan, dan juga Profesor Perubatan Kolej Perubatan Universiti Nasional Taiwan, Profesor Yang Si-Biao


vspace=

vspace=

vspace=

vspace=

vspace=

vspace=

vspace=

vspace=

 

© 2007-2014 Tombo Enterprise Sdn Bhd. Design by Aftersix Design Studio