Home 抗癌故事 Bersyukur dan menghargai apa yang dimiliki kerana kita hanya dapat hidup sekali
Bersyukur dan menghargai apa yang dimiliki kerana kita hanya dapat hidup sekali Cetak E-mel

Lim Bee

Perempuan/ 53 tahun / Karsinoma Sel Signet Ring (2008) / Masai, Johor

Kita hanya diberi peluang untuk hidup sekali, jadi kita harus menghargai apa yang dimiliki sekarang dan menerima apa yang mungkin ditimpa. Apabila diserang penyakit, kita mesti menerima kenyataan dengan berani dan menjalani rawatan yang sesuai dengan aktif dan tenang. Bersikap optimistik dan berhati lapang akan menguatkan keyakinan kita untuk menyembuh dengan cepat.


Badan saya sihat dan kuat selama ini. Saya menjalani pemeriksaan badan berkala setiap tahun sejak usia mencecah pertengahan 40-an. Pemeriksaan yang dilakukan di hospital di Johor Bahru pada hujung tahun 2008 terjumpa ketumbuhan pada sebelah kiri payudara saya. Setelah menjalani tiga ujian, doktor berpendapat tumor itu ialah kanser payudara peringkat pertama yang terpendam. Saya dicadangkan supaya menjalankan pembedahan. Selepas pembedahan untuk membuang payudara sebelah kiri, doktor mendapati ketumbuhan bersaiz 15cm x 10cm di ovari. Menurut doktor, ketumbuhan itu sebesar janin yang berusia 4 bulan. Doktor mencadangkan saya menjalankan pembedahan dan disusuli dengan kemoterapi. Pada Mac 2009, suami saya membawa saya ke Pusat Kanser Parkway di Singapura untuk dapatkan nasihat kedua daripada doktor yang lain. Selepas pemeriksaan yang dijalankan oleh dua orang doktor, saya diberitahu bahawa masalah utama bukannya kanser payudara atau ketumbuhan ovari, sebaliknya ialah kanser perut, atau karsinoma sel signet ring yang berkaitan dengan kadar metabolisme hormon wanita yang tinggi. Kanser tersebut adalah pada peringkat akhir. Mengikut nasihat doktor, rawatan kemoterapi dijangka lebih berkesan daripada pembedahan bagi kes saya.

Saya ditemani TXL sepanjang tempoh rawatan kemoterapi

Anak lelaki kedua saya dapat tahu tentang ubat herba bernama TXL yang berupa ubat antikanser melalui internet. Suami saya akhirnya dapatkan nombor telefon ejen tunggal TXL di Malaysia, lalu membuat panggilan untuk mengetahui lebih mendalam mengenai kesan TXL terhadap rawatan kanser. Pengurus kilang di tempat suami saya bekerja juga menggalakkan saya mengambil TXL. Ini adalah kerana adik iparnya pernah menghidap kanser limfa pada tahun 1992, kemudiannya merebak ke paru-paru. Dia telah sembuh setelah mengambil TXL diikuti dengan rawatan lain dan hidup dengan sihat sehingga sekarang.

Sebelum menjalani kemoterapi, saya bertanya kepada doktor yang merawat sama ada ubat herba boleh diambil. Doktor pula bertanya apakah ubat yang diambil. Saya berasa hairan kerana dia bersetuju apabila diberitahu ubat itu ialah TXL. Jadi pada pertengahan bulan Mac 2009, iaitu seminggu selepas sesi kemoterapi, saya mula mengambil TXL dengan berharap ia dapat meringankan kesan sampingan kemoterapi.

Kesan kemujaraban ubat herba itu dapat dikesan dengan cepat. Rambut saya habis gugur selepas sesi kemoterapi pertama. Namun selepas mengambil TXL, rambut saya tumbuh semula pada masa menjalani sesi kemoterapi kedua. Rambut saya tidak pernah gugur sepanjang tempoh rawatan berikutannya, malahan menjadi semakin lebat dan hitam.

Lengkapkan semua sesi kemoterapi dengan senang

Sesi kemoterapi saya berlangsung sepanjang 24 jam. Doktor gantungkan sebuah beg ubat pada bahagian abdomen saya bagi menyalurkan ubat ke seluruh badan saya melalui jarum yang dicucuk pada bawah tulang selangka sebelah kiri. Saya dapat menyesuaikan diri dengan kehadirian ‘rakan baru’ tersebut. Ia sentiasa dibawa bersama ketika saya melakukan kerja rumah. Kadangkala saya juga terlupa akan kewujudannya.

Saya tidak mengalami penderitaan seperti pesakit lain yang menjalani kemoterapi, melainkan kesan sampingan yang ringan seperti deria rasa menjadi lebih sensitif, jejari berasa kebas dan kuku menjadi hitam. Bilangan sel-sel darah putih dan platelet juga berkeadaan normal. Saya juga mampu melakukan kerja rumah seperti biasa setiap kali pulang dari hospital tanpa berasa penat. Pakar onkologi, Dr Khoo yang baik hati juga berasa hairan terhadap rambut baru saya yang hitam dan berkata saya tidak kelihatan seperti pesakit kanser. Pada halnya, berat badan saya telah meningkat dari 45kg kepada 48kg berbanding keadaan sebelum kemoterapi

Dapat durian runtuh

6 bulan kemudian, laporan pemeriksaan saya yang dijalankan pada Oktober 2009 menunjukkan ketumbuhan pada ovari telah mengecut kepada 6cm x 8cm. Di samping itu, saya telah lengkapkan kesemua 12 sesi kemoterapi dengan lancar di bawah bantuan TXL. Pada awal bulan Mac 2010, doktor memberitahu saya bahawa dinding perut yang menebal pada bahagian perut yang berkanser itu telah kembali kepada ketebalan normal. Kedua-dua kesan rawatan dan kualiti hidup saya jauh lebih baik daripada jangkaan doktor.

Adik suami saya berkata, “TXL bukan sahaja baik, tetapi teramat hebat!” Dia yang kerap mengalami tekanan kerja juga jadikan TXL sebagai makanan penjagaan kesihatan dengan mengambil 5cc sehari. Setelah mengambil TXL selama 1 tahun, badannya menjadi lebih kuat dan sakit pinggang yang berpunca daripada pekerjaan juga hilang. Kami juga tidak melepaskan setiap peluang untuk memperkenalkan ubat herba yang hebat ini kepada pesakit kanser yang lain agar ia dapat memanfaatkan lebih ramai orang.

Kuasa yang menemani saya sepanjang perjalanan memerangi kanser

Dalam tempoh setahun saya hidup bersama kanser, saya dapati diri saya memang bertuah. Saya seorang penganut Buddha dan membaca doa mantra setiap hari. Saya yakin Buddha yang memberkati saya kuasa untuk mengharungi cabaran hidup ini. Bila diimbas kembali, ketika mendapati diri saya diserang kanser, saya berasa tenang dan tidak berasa takut. Sebaliknya suami saya pernah menangis di depan ahli keluarga lain kerana bimbang akan saya. Sepanjang tempoh rawatan ini, suamilah yang menemani saya untuk menjalani setiap pemeriksaan dan rawatan. Dialah yang berunding dengan doktor tentang keadaan saya dengan penuh sabar. Dia bersama anak lelaki kedua telah mengkaji buku-buku mengenai TXL dengan teliti, kemudiannya menasihatkan saya apa yang harus dilakukan dan apa pula yang perlu dipantang.

Lebih setahun telah berlalu. Kini, saya dapat tidur dengan lena pada setiap malam dan menikmati setiap hari dengan hati yang tenang. Kita hanya diberi peluang untuk hidup sekali, jadi kita harus menghargai apa yang dimiliki sekarang dan menerima apa yang mungkin ditimpa. Apabila diserang penyakit, kita mesti menerima kenyataan dengan berani dan menjalani rawatan yang sesuai dengan aktif dan tenang. Bersikap optimistik dan berhati lapang akan menguatkan keyakinan kita untuk menyembuh. Saya selalu menasihati rakan kanser yang lain supaya bersikap optimistik. Sebaliknya, sikap pesimistik akan menjejaskan kehendak dan semangat kita untuk memerangi kanser. Malah juga akan mempengaruhi suasana di rumah. Jika kita yang selaku penghidap kanser mampu menghadapi segala dugaan dengan tenang, maka ahli keluarga kita pasti dapat melakukan dengan lebih baik. Dengan itu, dapatlah kita mengharungi rintangan hidup dengan sokongan daripada ahli keluarga kita. Hargailah setiap kebahagiaan yang dimiliki buat masa sekarang, maka kita tidak akan menyesal kemudian.

(Teks/foto: April 2010)
 

© 2007-2014 Tombo Enterprise Sdn Bhd. Design by Aftersix Design Studio