Home 关于天仙液 天仙液发明人
Pencipta Tian Xian Liquid — Profesor Wang Zhen’guo Cetak E-mel

Pertempuran antara saya dengan kanser

“Tolonglah selamatkan mak saya daripada kanser!”

Pada masa itu, saya berusia 18 tahun dan berkhidmat sebagai doktor pelatih di hospital yang terletak di bandar Tonghua.

Pada suatu hari, seorang wanita dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit kanser hati. Anak perempuannya yang berusia kira-kira 13 tahun tiba-tiba melutut di depan saya ketika saya dan rakan sekerja berjalan berlalu di hadapan pintu bilik sakitnya.

“Tolonglah doktor selamatkan mak saya! Tolonglah!” dia merayu.

Saya disalah anggap sebagai doktor pakar kerana memakai jubah putih. Pada halnya saya cumalah seorang doktor pelatih yang muda dan tidak boleh mengakui diri sebagai doktor yang layak. Pada pendapat saya, adalah mustahil untuk selamatkan ibunya yang diserang kanser peringkat akhir. Saya cuba melenyapkan fikiran saya kerana sebagai seorang doktor, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mana-mana seorang pesakit. Bagaimanapun, saya mengakui bahawa diri saya langsung tidak berani untuk berhadapan dengan penyakit yang dikenali ‘kanser’ pada masa itu.

Seminggu kemudian, si ibu itu telah meninggal dunia.

Peristiwa itu berlaku pada Oktober 1972. Saya memarahi diri saya kerana tidak berkemampuan. Saya berasa malu terhadap diri saya bukan sahaja kerana tidak dapat merawat ibunya, malah juga tidak berupaya untuk mengelap air mata si gadis itu. Pada hari itu, saya bersumpah, “Saya tidak mengizinkan sesiapa yang menderita kepedihan akibat kehilangan ibu bapa atau orang kesayangannya.”

Dengan itu saya memulakan pertempuran antara saya dengan kanser pada hari itu!


Anugerah kecemerlangan Profesor Wang Zhen’guo

  • • Pada tahun 1989, beliau dianugerah Diplome D’officier, Diplome Dumerite De L’invention dan Anugerah Pencipta dan Kecemerlangan Penyelidikan Dunia pada Expo Penciptaan Antarabangsa Eureka Ke-38.
  • • Pada tahun 1990, beliau dianugerahi ‘10 Pemuda Tercemerlang China’ dan bertemu dengan Jiang Zheming, Li Peng dan pemimpin-pemimpin negara yang lain untuk menerima pengiktirafan.
  • • Pada tahun 1992, Pusat Biografi Antarabangsa Cambridge, England memaktubkan pencapaian beliau dalam buku ‘Biografi Elit Antarabangsa’.
  • • Beliau menerima Anugerah Pencapaian Perubatan 2000 Amerika ke atas sumbangan beliau dalam rawatan kanser dan perubatan pencegahan.
  • • Pada tahun 2002, beliau menerima Anugerah Ubat Herba untuk Peningkatan Imuniti dan Rawatan Kanser oleh Persatuan Kawalan Kanser Amerika.

Diplome D'officier Diplome Dumerite De L'Invention Diplome De Chevalier Highest Research Award of World Inventor in the 38th Eureka World Invention Exposition
 

© 2007-2014 Tombo Enterprise Sdn Bhd. Design by Aftersix Design Studio