Home Tombo
Tombo Enterprise Sdn Bhd Cetak E-mel

Tombo Enterprise Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1976. Sejak tahun 1993, Syarikat Tombo dilantik oleh China-Japan Feida Union Co. Ltd. sebagai ejen tunggal rangkaian produk Tian Xian Liquid di Malaysia, lalu terlibat secara aktif dan proaktif dalam mencari penawar kanser. Pengasas merangkap Pengarah Urusan Syarikat Tombo, Encik Chong Ah Kow memperlihatkan ketabahan yang penuh dengan rasa berbelas kasihan dan berprihatin sejak penubuhan dan menjadikan Syarikat Tombo salah sebuah daripada minoriti yang menjadi malaikat pelindung kepada kanser pada hari ini.

Selama ini, Syarikat Tombo berpegang teguh untuk mengedarkan rangkaian produk Tian Xian Liquid dengan teknik perniagaan tradisional dan memberi nasihat serta khidmat runding mengenai penjagaan kesihatan dan antikanser kepada para pelanggannya. Sejajar dengan permintaan zaman moden, Syarikat Tombo telah melatih sepasukan pakar pengurusan dan khidmat runding yang profesional. Konsep integriti dan prihatin sentiasa diutamakan di samping matlamat mutlak untuk selamatkan lebih ramai pesakit kanser, Syarikat Tombo bertindak secara proaktif untuk mengembangkan pengintegrasian rawatan alternatif dengan melibatkan diri secara aktif dalam Expo Perubatan, penerbitan buku-buku antikanser dalam bahasa Mandarin, Inggeris dan Melayu, mengunjungi pesakit-pesakit kanser dan juga menganjur seminar antikanser di seluruh Malaysia. Adalah diharapkan bantuan dan interaktif serbaneka yang diberikan kepada pesakit-pesakit kanser dan ahli keluarga mereka mampu membangkitkan semangat dan keyakinan pesakit-pesakit kanser untuk memerangi kanser dan terus hidup.

Syarikat Tombo sentiasa berbelas kasihan dan berprihatin terhadap pesakit kanser dan menggalakkan mereka memupuk kesejahteraan dari segi fizikal, mental dan jiwa. Di samping itu juga berusaha untuk memberikan rawatan menyeluruh bagi meringankan penderitaan pesakit kanser dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Semakin banyak rasa belas kasihan yang diterima, maka semakin tinggi harapan pesakit kanser. Pihak syarikat akan terus berganding bersama para pesakit kanser dan tidak melepaskan setiap peluang untuk terus hidup.

 

© 2007-2014 Tombo Enterprise Sdn Bhd. Design by Aftersix Design Studio